Mengenai Fakulti
Kewujudan Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) adalah merupakan titik tolak pertama ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini. Sejarahnya bermula pada 27 Ogos 1996 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang meluluskan idea penubuhannya. Buat permulaannya, UNIQSAAS menampung keperluan saluran pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama negeri untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Pengambilan kumpulan pelajar pertama seramai 67 orang telah dimulakan sebaik sahaja menerima keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.



